Friday 28 October 2011

Jenis Kemahiran dalam Pengajaran Mikro

*Kemahiran Set Induksi
*Kemahiran memberi penerangan
*Kemahiran menggunakan contoh
*Kemahiran Mengolah Isi pelajaran
*Kemahiran Variasi Ransangan
*Kemahiran Penyoalan.
*Kemahiran Pengukuhan
*Kemahiran Penutup

Kemahiran Set Induksi
-Pelatih dapat memberikan fokus pelajar terhadap pelajaran yang akan dimulakan.
-Membina kerangka rujukan sebelum dan selepas pelajaran
-Berupaya memberikan makna kepada konsep atau prinsip yang baru
-Berupaya membangkitkan minat dan penglibatan pelajar

Kemahiran Memberi Penerangan
-Menerangkan pelajaran dengan lebih bermakna,sempurna,jelas dan tepat
-Mengatahui langkah,prosedur/ peraturan yang terdapat dalam P&P
-Membuat penaakulan sebab-munasabah berlakunya sesuatu kejadian
-Penerangan dengan menggunakan contoh / ilustrasi yang sesuai akan membantu pemahaman

Kemahiran Menggunakan contoh
-Penyampaian lebih menarik jika penerangan dilakukan disertai dengan contoh yang sesuai.
-Contoh bermula dengan berbentuk konkrit kepada abstrak

Kemahiran Mengolah Isi Pelajaran
-Melibatkan kemahiran menyusun dan mengorganisasikan kandungan pelajaran agar dapat disampaikan dengan baik.
-Isi perlu disampaikan secara berperingkat-peringkat.
-Guru perlu merancang penggunaan bahan pengajaran dengan teratur

Kemahiran Variasi ransangan
-membangkitkan perhatian pelajar dan memberikan fokus terhadap fakta penting pelajaran.
-Penggunaan ransangan yang pelbagai mengelakkan kebosanan pelajar.
-Aspek yg perlu dikuasaialah pergerakan,perubahan pertuturan,perubahan fokus deria,bentuk penglibatan lisan dan fizikal pelajar

Kemahiran Penyoalan
-Penyoalan membantu pelajar berfikir
-Memahami aspek domain soalan agar soalan yang dibina benar-benar menguji pelajar.
-Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian

Kemahiran Pengukuhan
-Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan melibatkan diri dalam perbincangan
-Berikan peneguhan melalui pujian dalam bentuk lisan,baik ,senyuman, anggukan kepala.

Kemahiran Penutup
-Kemahiran merumus,mengulang peneguhan dan membuat penilaian tentang sama ada objektif pengajaran yg disediakan tercapai atau tidak.
-Penutup perlu sesuai dengan objektif dan aktiviti pengajaran
-menarik perhatian tentang perkara yang baru dipelajari,mengukuhkan konsep dan kemahiran baru.
-Terdapat dua penutup iaitu kognitif dan sosial
-Kognitif bertujuan mengukuhkan pelajaran dengan memberikan perhatian terhadap fakta yang dipelajari.
-Penutup sosial menekakan perasaan yang dialami semasa prosese P&P

No comments:

Post a Comment