Sunday 2 October 2011

Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di SJKC Confucian untuk merasmikan "The Community Chest"



Y.A.B. Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak disambut meriah ketika tiba untuk merasmikan 'The Community Chest' di SRJK (C) Confucian, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur
Y.A.B Dato’ Seri Mohd  Najib Tun Razak merasmikan Dana Kebajikan Pendidikan ‘Community Chest’ di SJKC Confucian pada 26-9-2011.
Dana tersebut dibangunkan oleh sektor korporat daripada pelbagai bidang bertujuan menyalurkan bantuan kepada sekolah vernakular termasuk menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang.
Pada majlis sama, Y.A.B Dato’ Seri Mohd  Najib Tun Razak  turut menyerahkan dana daripada tabung itu kepada sebahagian daripada 61 buah sekolah vernakular yang layak membabitkan peruntukan RM26.1 juta.
Setiap sekolah menerima peruntukan RM25,000 hingga RM2.5 juta antaranya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Confucian, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Salak South, SJKC Kun Min, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Caves dan SJKT Slim River dan lain-lainnya.
Y.A.B Dato’ Seri Mohd  Najib Tun Razak menetapkan sasaran supaya dana itu mampu menyalurkan bantuan kepada sektor pendidikan negara berjumlah RM100 juta setahun bermula tahun depan.
Untuk itu kata beliau, kerajaan akan memberi pengecualian cukai kepada sektor korporat yang sanggup mengetepikan keuntungan untuk menyumbang kepada pembangunan dana tersebut.

1 comment:

  1. Amat bertuahnya dengan ketibaan Y.A.B Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ke SJK(C) CONFUCIAN!

    ReplyDelete